Blogger Widgets Story Of My Life :): September 2012

Sunday, 23 September 2012

Sakit :'(

Hari nie segala macam rasa sakit.Sakit perutlah,maw muntah2x & rasa macam maw demam.huh!mungkin musim sakit kali sekarang kan?BTW,saya rinduuu mami saya!

Sekarang saya di rumah taman bersama ipar2.Hee,best bha adik bradik ramai nie.Bkn macam saya & ayie 24/7 bertekak sejaa.Haihhh!Tapi apakan daya sorg dia tue jak laa adik aq dlm dunia nie :)Back to my tittle,as i've said I'm sick.I feel so hard to breath.Im so sorry dear husband for my mood swing.HUH!Thanks for being so sweet to me everyday.I keep reminded myself that I was so lucky cause I've you,an amazing guy in my life.

I dont know what to write anymore.Maybe since SPM,Im getting so lamn in writting essay in both English & Malay.Oh well,practise makes perfect.Now that I dont write anymore in English & I've read English stuff less & less each day,each weeks,each months & years,My English are getting rusted.Hahaha.Shame on me.

Aku dah merapu-rapu sda nie.Hahaha.Husband kerja pagi so aku ada masa lapang untuk blogging & facebooking puas2 time pagi & malam untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.Pandailah sangat aku mengatur masa kan?Hehehe.Tengok orang lah bro.

Sekarang nie pulak perut bunyi OPPA GANGNAM STYLE sudah mahu minta diisi.Alahai,tapi nda tau maw makan apa.Malas lagi aku nie maw makan,haih apalah kan.Makan pun malas.Lazy,lazy,lazy....Please wakes me up when september ends.

Saturday, 22 September 2012

Nurkilan rasa yg ku Gubah hasil daripada pembacaan novel islamik.


















Maka kesabaran yang baik itulah kesabaranku.

(Yusuf:18)






Cukuplah bagi anda sepotong roti yang berisi
daripada harus meminta kepada orang
yang menutup pintunya
dan yang dicap oleh banyak orang
sebagai orang yang kikir.



Pernahkah kita mengambil sedikit masa,
untuk merenung di sekeliling kita,
dan alam semesta ini.






Pernahkah terfikir, beribu-ribu manusia yang terlantar dan terbaring
di atas katil, kehilangan upaya untuk bergerak.
Bukan sekadar tidak mampu bergerak, 
mereka dilanda penyakit kronik dan susah diubati.
Ada yang kehilangan tangan, kaki dan penglihatan serta pendengaran.
Ada juga yang cacat seumur hidup dan tiada ubatnya.




Pernahkah terlintas di hati kita,
apakah khabarnya hati-hati dan perasaan,
di sebalik jeriji-jeriji besi dan terkurung serta disekat kebebasannya.
Kerinduan terhadap keluarga terpaksa ditelan atas kesilapan sendiri.
Kebahagian direntap begitu sahaja.






Pernahkah kita berpaling ke arah orang-orang yang ditimpa musibah?
Wanita yang kehilangan keluarga dan anak-anak dalam
kecelakaan sekelip mata.
Wanita yang menjadi sebatang kara, tanpa sesiapa di dunia ini 
untuk dia bergantung harap.






Pernahkah kita terfikir bahawa orang-orang kafir 
yang tinggal di pondok menderita untuk mendapatkan makanan 
walaupun secebis roti?





Pernahkah kita terfikir orang-orang yang kurang siuman,
kehilangan akal dan kewarasan,
serta tiada ingatan dan memori lagi?




Pernahkah kita renungkan perkara-perkara ini?
Sedangkan kita semua selamat dan dilindungi,
cukup segalanya, hidup penuh keselesaan dan bahagia.
Oleh kerana itu, bersyukurlah kepada Allah
atas segala nikmat-Nya kepadamu.





Jangan habiskan masa dengan menonton TV lama-lama,
mendengar muzik yang melalaikan, melihat cerita-cerita yang
mengkhayalkan, palsu dan penuh hiburan dan kemaksiatan,
yang mendatangkan penyakit hati dan kesedihan,
yang membuat jasad kita tidak melakukan pekerjaan wajib kita.









Oleh itu ambillah yang bermanfaat daripadanya seperti
ceramah dan program agama, siaran kesihatan dan berita
mengenai masyarakat dan dunia Islam, rancangan motivasi
dan yang membuka minda serta bagi peningkatan ilmu,
ambillah yang berguna sahaja.










Hindarilah hal-hal murahan yang disiarkan melaluinya,
yang menjadi kegilaan pada kemunculannya,
sesungguhnya hal tersebut bertentangan 
dengan etika, rasa malu dan norma agama..






Dunia ini diibaratkan neraca timbangan yang halus
dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Pilihan hanya dua,
antara arak yang mengkhayalkan,
atau susu yang menyihatkan.






~Bekalan~

Serahkanlah Orang Yang Zalim ke
Mahkamah Akhirat Yang Padanya Tiada Hakim,
Selain Allah Taala.

Hari ini :)





Hari nie aku susah maw tido laa.Huhu.Xtaw la napa..Hari nie & kemarin aku asyik layan c comel aku nie.Hehehe.Bukan hari2 jgk kami balik umah daling aku nie.Rindu banget.Kan best kalau ada anak sendiri nanti.Mengharap betul aku nie pulak.

Semalam aku mengamuk dengan husband,siap nangis2x lagi.Huhu,ntah lah napa rasa tak dipedulikan pulak bila tengok dea asyik main game sama kawan2x dia,Astagafirullah alazim.Maafkan syg baby.Syg pun ak taw napa syg jadi bgitu.Aku bersyukur sangat pada ALLAH SWT keran mengurniakan aku seorang suami yang baik & banyak bersabar dengan karenah aku yang macam2x nie.Syg btul2 bahagia baby.:) terima kasih untuk semua ini cinta .

Tiba2x aku rindu arwah adik aku :'( Kalau dea masih hidup mungkin umur dea 18 tahun sda kan?Boleh lah dea tolong jagakan ayie tue.Al-Fatihah.Semoga arwah tenang di sana.Huhu.Sampi waktunya kakak pun akan menyusul dik.Ya ALLAH, sungguh aku takut akan balasanMu untuk semua perbuatanku di dunia ini. :'( Ampunkanlah dosa2x ku ya ALLAH,dosa suamiku,kedua org tuaku,adikku & seluruh kaum muslimin & muslimat.Amin ya rabbala alamin...

Thursday, 20 September 2012

Bilakah Izrail datang menjemput?



Izrail,salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam.Tugasnya adalah mencabut nyawa selain beribadat kepada ALLAH SWT.Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi ALLAH ini bukan?Ya,dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah ALLAH SWT berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang ALLAH ciptakan.Dikisahkan ketika ALLAH menciptakan AL-MAUT(kematian) dan ALLAH menyerahkan kepada Izrail,maka berkata malaikat Izrail "wahai Tuhanku,apakah AL-MAUT itu?" maka ALLAH menyingkap rahsia AL-MAUT itu dan memerintahkan seluruh malaikat menyaksikannya.Setelah seluruh malaikat selesai menyaksikan AL-MAUT itu maka tersungkurlah mereka dalam keadaan pengsan selama seribu tahun.Setelah malaikat sedar kembali,bertanyalah mereka "Ya Tuhan kami,adakah makhluk yang lebih besar dari ini?" Kemudian ALLAH berfirman "Akulah yang menciptakannya dan akulah yang lebih agung daripadanya.Seluruh makhluk yang bernyawa akan merasakan AL-MAUT itu."Kemudian ALLAH memerintahkan Izrail mengambil AL-MAUT.Walau bagaimanapun Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan AL-maut itu lebih agung daripadanya.Kemudian ALLAH memberikannya kekuatan,sehinggalah AL-MAUT itu melekat di tangannya.Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh ALLAH hingga barat dan timur dapat dijangka dengan mudah olehnya.

100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas ArasyAllah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Apabila Izrail mencabut nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikatJibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.
Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Tempat tinggal roh

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai
 hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.






*Ya ALLAH ya tuhanku,aku berdoa semoga kau permudahkanlah aku semasa aku menghadapi sakaratul maut kelak ya ALLAH.Matikanlah aku dalam keadaan beriman ya ALLAH.Janganlah kau matikan aku dalam keadaan kufur dan penuh dosa.Aku hanya insan yang lemah tak lari dari kesilapan ya ALLAH.Semoga kau berikan hidayahMu kepada aku  dan semua kaum muslimin dan muslimat.


Rabbana atina fiddun ya hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar.Wassallallahu ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wasahbihi ajma'in.Subhana rabbika rabbil izzati amma yasifun wasalamun alal mursalin walhamdulillahi rabbil alamin.

Ya Allah ya tuhan kami kkurniakanlah kami kebajikan di dunia dan juga di akhirat serta peliharalah kami daripada azab api neraka.Allah sentiasa menurunkan rahmatnya ke atas penghulu kita Nabi Muhammad SAW keluarganya dan sahat kesemuanya.Maha suci engkau tuhanku,yang mempunyai kemuliaan daripada apa yang mereka sifatkan.Selamat sejahtera ke atas seluruh para utusan dan segala puji adalah untuk Allah,tuhan pemerintah seluruh alam. Amin ya rabbal alamin.

Wednesday, 19 September 2012

Al-fatihah to belated Yasmin :)

Minggu lalu saya terbaca tentang seorang Blogger remaja yang telah kembali ke rahmatullah,if I wasnt mistaken on June.Ya Allah mudanya arwah,still seventeen years old :) Same age as my lil brother,year 1995.She was supposed to take her SPM this year.Takziah buat ahli keluarga arwah,semoga tabah selalu.Allah SWT lebih menyayanginya.Kita yang hidup perlu teruskan kehidupan kita & banyakkan bersedekah untuk mereka yang telah pergi.

I've read her blog.Jn fact I've read all the blog regarding her.When I read her blog,I kinda felt what she felt,sometimes I can almost imagine what she's been through.She is so talented & a sweet girl.Saya terharu sangat.Sampai husband saya pun hairan.Why I am so obsessed.I even read her blog every night,before I sleep.I dont know why.Maybe normal lah kan bagi kita sesama manusia punya perasaan ingin tahu.Semoga Allah merahmatinya & kita semua :)

I've read about her accident at the news hub,maybe its the way she died.Kita taktaw lagi macamana pengakhiran kita.Mungkin sudah tertulis,she died in a very young age.Pada aku kisah dia nie mmg bagi pengajaran bagi kia yang masih hidup nie.Insyallah.

Semoga Allahyarhammmah bahagia di sana. Al-fatihah .









Ucapan takziah bermaksud menghiburkan orang yang ditimpa musibah dengan menyebut hal-hal yang dapat menghapuskan duka dan meringankan penderitaan. Hukum takziah adalah sunat dan sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Mana-mana orang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya sesama Islam yang ditimpa musibah, melainkan ia akan diberi balasan yang sebaik-baiknya oleh Allah s.w.t iaitu dimuliakan dan dipakaikan dengan persalinan yang serba indah dari pakaian kemuliaan dihari kiamat kelak.”~ :)
#UCAPAN tAKZIAH Kepada Seluruh Keluarga Yasmin.. Walaupun Saya Tak Kenal & mungkin takkan bersua muka takpa kenal through FB pun okay :).. Jangan La Sedih, Ada Hikmah Disebalik Semua Yang telah terjadi..... Al Fatihah And Thank You Kepada Arwah Sebab Kisah Dia Banyak Memberi Pengajaran Kepada Orang Ramai,.. :)



Nazak atau sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian. 
Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti. 
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan. 
Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut. 
Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air ( yasmin meneguk air yg sngt byk ), kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)
Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti. 
“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).
Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”.
Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.
Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti.
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللَّÙ‡ “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].
Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "
Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita. 
Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah).
Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah).
Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah.
“Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab”
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)
“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) -

Kepada Allah kami berserah. 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Ya Allah ya tuhan kami engkau tempatkan arwah Yasmin Johan Eusoffe dikalangan orang-orang yang beriman setelah engkau memberikan arwah pertunjuk sebelum arwah meninggalkan kami ya Allah. ya Allah ya tuhan kami arwah adalah insan-insan yang terpilih mendapat pertunjukmu itu untuk arwah berada bersama engkau dan melakukan kebaikan sebelum kembali kepadamu ya Allah. ya Allah ya tuhan kami sesungguhnya daripada engkau kami datang dan kepada engkau kami akan kembali... amin...
saya doakan semoga keluarga arwah yasmin redha dengan pemergian arwah dan saya doakan semoga arwah dan keluarga arwah antara insan-insan yang akan mendapat syafaat nabi muhammad s.a.w... amin ya rabbal alamin...

Monday, 17 September 2012

Hari yang indah asalkan bersamanya :)

dated 17th september 2012

A day before our wedding 2nd monthsary :) We woke up late. So he decided to skip work today , Im so very happy. I dont mind anything as long as he is her by my side, everyday!

Saya ketagih dah blogging nie. Kalau boleh lah kan hari2 nak  buat entry baru :) dar dulu tanak buat kan time2 blogger nie tengah hot. Takpa lah, ketinggalan pun ketinggalan la kan? Yg penting ssaya dah suka sgt on blog nie , Facebook pun dah tak berapa dah nie.

Back to my story , my hubby had a new addiction. hahaha! We love to play Fishing season at Fun Square . Its almost 3 day already we keep going to play there :) Its okay lah at least he stayed faithful to me, right? Hahaha. Insyaallah, mudah-mudahan dia setia :)

Sebenarnya selepas kahwin nie hidup makin tenang.Hati pun makin senang :) Aku bersyukur dapat suami yg boleh bimbing aku,tak banyak pun takpa.Sekurang-kurangnya aku berubah sikit2 sudah kan?Boleh lah pelan2 bha kan. Bikin takut jgk kalau drastik betul perubahan tue :) Hehehehe.. Insyaallah,hijrah saya nie ke arah kebaikan & bukan untuk menunjuk-nunjuk pada sesiapa tapi mencari redha ALLAH.Berubah dari sekarang lah kan? takkan nak tunggu dah tua baru nak berubah, tu pun bagus kalau masih sempat.Siapa tau kita mati esok?Tak sempat nak taubat.Macamana?Sendiri mau ingatlah k.

K.laaa tue jak kot?

Saya sayang mummy saya :)







This entry was about a very special person in this world.Without her there would be no Me.I love her dearly until my very last breath.Eventhough I might not show it but deep inside my heart,she always there,preciously keeping.

I might not be very good in showing how deep my love & gratitude I am for having you mum,but really...Im glad & Im thankful to Allah SWT.I am sorry if i ever make you sad,I talk so loud some times,I said something that hurts your feeling(I know but Im too proud to appologized),I am sorry for being rebelious against everything you said even I know every mum wanted the best for their daughter,I am sorry I choose anyone else over you(I didnt mean to),I am sorry I always make you sad by my words nor my behaviour & A thousands sorry for a lifetime mistakes to you mum.If you ever read this,IM SO VERY SORRY I AM NOT THE KIND OF DAUGHTER YOU EXPECTED TO BE.

Insyaallah,someday Im gonna make you proud of me.







Mum,ampunkan dosa saya dari hujung rambut sampai hujung kaki, halalkan makan minum pakai selama ini. 

Sunday, 16 September 2012

Hari ini Suami saya cuti :) Happy sangat

Sunday 16th septeber 2012

My husband cuti hari nie. Ingat nak luangkan kualiti time together. Al maklum lah orang baru kahwin nie :)
Miang semacam entry hari nie.. Takpalah dah kawen pun kan? Sapa nak marah? Sila. Sila. Ada ku kesah? Lagi pulak takda sapa lah yang tau lagi blog saya nie. Hehe,. Taknak sapa-sapa tau. Jahatnya!

So, mentang2 cinta hati cuti bangun pun lambat sangat.Sapa suruh semalam lambat tido .huh! Nie semua  gara-gara nonton cerita The Revenant, Filem ntah apa-apa.Sayang duit ja beli DVD kat kedai. Menyampah!
Ceritanya sangat memualkan & tak logic di akal. Kenapalah wayang2 nie suma makin hari,makin merepek2.Sayang duit kami & masa kami saja tau. Salahkan ja DVD, padahal memang terbiasa bangun lewat2 pun. hehehehe...(ketawa mongeng)

Bersiap suami isteri, berdandan & then pegi rumah cinta di Taman Kemajuan Likas. Rindu sabgat dah baby saya kat anak buah & adik beradik dia. Almaklumlah sekarang tinggal kat rumah saya. Serupa nomad dah kami sekejap di sini , sekejap di sana. Takpa permulaan memang macamtue kn?

Sekejap ja kat Taman , kami jalan pulak pi KK, lokasi utama centre point..Alya taknak tinggal, takpa bawak je..takut dia nangis sebenarnya.. tue ja.. :) Sejak dah kawen , saya pengaruh suami dengan addiction saya Fishing Season.. Sesi menembak ikan di Fun Square centre point :) Lepas puas main Game , pulang akhirnya :)

Kadang-kadang macam masih bercinta pulak rasanya.Syq cyg baby banyak2 k. mwaaaahhh :)

Make it shorter lah bha kan, pulang husband gi main futsal , saya ceta2x dengan kak & adik ipar kat umah ja.. Then balik rumah saya :)

* macam boringkan hidup kami tapi sebenarnya tak! Saya bersyukur punya suami sebaik dia. Semoga cinta ini kekal Abadi hingga ke hujung nyawa. Amin ya rabbal alamin....

Kisah Alya yang sangat comel :)














Actually aku saja je nak tulis pasal si comel nie kat sini :) Sebenarnya, ini anak buah suami tercinta (Anak kakak sulung husband, make it obvious lah kan?) dari gambar2 kat atas nampak sangat kecomelan dia kan? kan?

Aku kira rapat jgk dgn Alya nie. In fact, dia panggil aku nickname yang funny jgk la iaitu "babat". OhmyGod!!! Jgn gelak oke?! Hehe... Byk dah kenangan kami bersama.. Kami selalu pegi kedai sama2x , gelak tawa sesama etc.. I love her so much as I love my own daughter (Soon, insyaallah.. kalau ada rezeki saya & suami.. Doakan saja ea ?)


Insyaallah kalau dah anak sendiri nanti aku nak jaga dia baik2x, tumpukan sepenuh perhatian aku untuk dia. Sebak hati time menaip tentang nie :'( Faham2x lah... Bukan niat nak mengadu bagai kat Blog nie. Nak dengar tak kisah aku , Zaman kanak-kanak aku?

Daddy & mummy was never around at all! Saya adik-beradik dua orang je. Saya & adik lelaki. Mummy isteri number 2 daddy, maybe thats the reason he's never there for us. Balik lewat2 malam & bila pagi hari dia menghilang takde kabar berita :'( As if kami nie cuma persinggahan untuk dia. Takpe lah saya faham, mungkin dia busy tak dengan hidupnya yang kami pun tak tahu. Think positive! Whatever it is. He is still our dad :) Im thankful to Allah SWT for both my mum & dad.

Bila jalan2x kat CP(centre point) nampak budak2x jalan with families , hati rasa macam kna tikam ja. Yalaa seumur hidup tak penah lagi jalan2x macamtue satu family. takpa saya redha. mungkin ini ketentuan Illahi. Tapi Insyaallah, in future, saya taknak anak saya mengalami nasib seperti saya. Saya mahu dia merasa cukup kasih sayang saya & suami. huhu.....

Time sekolah pulak lagi lah parah! Time family day, mummy tak dapat datang. alasan : sibuk kerja. oh its so okay. daddy pun tak dapat datang. alasan : memang takkan pernah ada pun. kira historical moment la tue kalau datang. Dapat result cemerlang gemilang/kondem/hancur - takda makna sebab hari parents ambik report card, semua at least ramai datang dengan makbapak. Aku jangan haraplah. Terpaksa suh kazen datang tolong sign kan. Mula2x memang sedih tapi lama kelamaan sudah TERBIASA. Jadi bila dah ada anak, aku takmau biar dia jadi macam aku!

Di rumah nasib ada kazen duduk serumah , kalau tak. Sunyi sangat. Boleh jadi rumah berhantu dah. huhu.. Tak pernah makan malam sekeluarga, tak pernah riadah sekeluarga, Eshhh... macam2x lah. Malas aku nak ngadu di blog nie.

To Be Continued

Saturday, 15 September 2012

Sekadar peringatan buat kita , terutama kaum hawa sekalian :)

Memang berstyle tudung macamnie tapi dah ada hadis mengatakan RasulullahSAW
 melarang kaum wanita memakai sanggul seumpama ini.















Azab Seksa Wanita Kerana Dosa & Aurat Lelaki/Wanita


Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kapada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr kemurkaannya.


Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi2 pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: - "Seorang wanita yang berkata kapada suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke 7 dan mengutuk pula segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia dan jin."


Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yang membuat susah kapada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunnatnya.


Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.


Nabi S.A.W. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya dan terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh ummat baginda. Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W. dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kapada beliau," mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"

Beliau bersabda: -


1.Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.


2.Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.


3.Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.


4.Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.


5.Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.


6.Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dr neraka.


7.Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.


8.Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.


9.Wanita yang berkepala spt kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kapada ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -


1.Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.


2.Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata


3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.


4.Adapun wanita yang digantung dgn buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.


5.Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.


6.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.


7.Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.


8.Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun2nya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.


9.Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya spt kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.


10.Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

11. Adapun wanita yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki



Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik di zaman itu. Diantara sifat buruk mereka: -


1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.


2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.


Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min zalik.


Wassalam.


Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.


(¯`v´¯)♥.:l:.♥.:l:.♥.(¯`v´¯)

`·.¸.·`(´'`v´'`)¸.•*`·.¸.·`♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)

... ... ..♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v´¯)♥♥♥♥ `•.¸.•´♥..♥♥.

♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥


~ o ~ Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...


#BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#


Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa'atuubu Ilaik